:: SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH ::


Salam semua...

Berikut ialah sedikit laporan mengenai majlis pelancaran dan sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat SMK Tanjung Adang bagi tahun 2010. Walaupun dibuat secara sederhana, tetapi meriah juga. Terima kasih kepada semua guru yang memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan minggu tersebut.

Majlis pelancaran Minggu Anti Dadah telah dirasmikan oleh Pengetua SMKTA, Pn. Hjh. Asiah Binti Mohamad. Simbolik pelancaran ialah, semua guru menurunkan tanda tangan menyokong membanteras dadah. Begitu juga dengan wakil-wakil pelajar diberi kesempatan untuk menurukan tanda tangan mereka.

Sehubungan dengan itu, diucapkan ribuan terima kasih juga kepada pihak sekolah dan PIBG SMK Tanjung Adang di atas kesudian membantu menyediakan tapak dan sudut anti dadah yang mana pertama kali dapat disempurnakan sejak tahun 2009. Terima kasih semua.

Sepanjang minggu anti dadah, antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Pertandingan mewarna

2. Pertandingan mencipta pantun anti dadah

3. Pertandingan mencipta dialog kartun anti dadah

4. Pertandingan teka silang kata


Terima kasih kepada semua pelajar yang melibatkan diri dalam semua pertandingan yang dianjurkan.

Majlis Pelancaran oleh Puan Pengetua


Pelajar-pelajar SMKTA


Pertandingan Mewarna Menengah Rendah

Pelajar tekun mewarna


Sudut PPDa SMKTA 2011



Bahan-bahan berkaitan dadah

Laluan PPDa SMKTA



Disediakan oleh,

Tengku Nurhana Binti Tengku Sulaiman,

S/U PPDa SMKTA

MUAT TURUN AKTIVITI MINGGU ANTI DADAH

PERTANDINGAN MEWARNA
(TERBUKA KEPADA TINGKATAN 1 , 2 DAN 3)

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA

http://www.megafileupload.com/en/file/258056/kuiz-silang-kata-doc.html

MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2010


PROGRAM : MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2010
TEMA : "1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH"
ANJURAN : SMK TANJUNG ADANG, 81560 GELANG PATAH JOHOR
TARIKH : 06.08.2010
MASA : 8.00 - 9.00 PAGI

Sekitar Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang bagi tahun 2010. Terima Kasih kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang menjayakan majlis pelancaran ini yang sepatutnya dijalankan pada bulan Februari setiap tahun. Di atas kekangan yang wujud akhirnya dapat dijalankan program ini. Berikut ialah antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu Anti Dadah :

1) MELUKIS POSTER ANTI DADAH (Menengah Atas)

2) MEWARNA POSTER (Menengah Rendah)

3) TEKA SILANG KATA (Menengah Atas dan Menengah Rendah)
4) CERPEN ANTI DADAH (Menengah Atas dan Menengah Rendah)

- Semua pertandingan yang dijalankan boleh berhubung dengan Pn. Tengku Nurhana Binti Tengku Sulaiman.

-Tg.Nurhana Bt Tg.Sulaiman-
Setiausaha PPDa SMKTA

MINGGU PPDa SMKTA

Akan dijalankan dalam masa terdekat dan mengharapkan penglibatan semua warga sekolah termasuk Guru dan Pelajar. Ini merupakan kali kedua akan berlangsungnya minggu PPDa yang sepatutnya dijalankan bulan Februari yang lepas. Guru PPDa dan pelajar yang terlibat akan menyiapkan Sudut PPDa terlebih dahulu sebelum pelancaran. Diharapkan semua bersabar..Terima Kasih.

TAKLIMAT PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAERAH JOHOR BAHRU

TARIKH : 25 MAC 2010 (KHAMIS)
MASA : 02.00 PTG HINGGA 05.00 PTG
TEMPAT : DEWAN SK TAMAN UNIVERSITI 1, JOHOR BAHRU
KEHADIRAN : SETIAUSAHA PPDa SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH


PENGISIAN TAKLIMAT :
  1. AADK Daerah Johor Bahru
  2. Pengurusan PPDa
  3. Pelancaran PROSIDAR
  4. Lawatan ke Sudut PPDa SK Taman Universiti 1

STATUS PELAKSANAAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH 2010

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru

Pohon kepada semua sekolah untuk memberi maklum balas mengenai status pelaksanaan minggu antidadah peringkat sekolah. Sila klik Di sini.

Sekolah jadi elemen penting cegah dadah


ABDUL Aziz Redwan (kanan) bersalaman dengan pemenang-pemenang Pertandingan Pidato Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Johor di SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 13 Ogos - Institusi pendidikan seperti sekolah adalah elemen penting dalam strategi pencegahan bagi melahirkan generasi baru yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor, Abdul Aziz Redwan berkata, warga pendidik menggalas tanggungjawab besar bagi melahirkan modal insan bebas daripada ancaman dadah.

"Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran menjadikan sekolah bebas daripada dadah menjelang 2012," katanya selepas merasmikan Pertandingan Pidato Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat negeri di sini semalam.

Pertandingan yang bertemakan Masyarakat Madani Tanpa Dadah terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Beliau berkata, menerusi pertandingan itu, diharapkan para pelajar memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan mengenai pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah.

"Saya yakin pertandingan ini mampu membuka minda pelajar dan mencetuskan kefahaman terhadap kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah," katanya.

Jelasnya, trend penagihan dadah di negara ini telah berubah apabila golongan yang mempunyai punca pendapatan tinggi lebih cenderung menjadi penagih berbanding penganggur sebelum ini.

"Ini kerana semakin banyak wang yang diperoleh seseorang, semakin tinggi kemungkinan dia menjadi buruan pengedar dadah. Ibarat di mana ada gula, di situ ada semut," katanya.