28 Jul 2009 - Selasa Ucapan Tahniah dan Syabas

Sekalung tahniah dan syabas kepada warga SK Taman Universiti 1 Johor Bahru kerana telah berjaya mempamerkan hasil dan komitmen yang terbaik dalam Penilaian Sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan yang telah dijalankan pada 28 Julai 2009.

Rombongan panel hakim yang diketuai oleh En. Abdullah Sani Bin Abd. Rahman, Ketua Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah disambut oleh En. Mohamed Shuhaimi Bin Ab Rashid, Ketua Unit PPDa JPNJ dan En. Kamarudin bin Yusop, Penolong Ketua Unit PPDa JPNj, Pegawai Khas PPDa Daerah Negeri Johor, warga sekolah, YDP PIBG dan jawatankuasa serta diraikan oleh lambaian mesra anak-anak daripada pra sekolah.

Bersama dalam majlis taklimat juga adalah En. Naim bin Bajuri Pegawai AADK Daerah Johor Bahru. Sesungguhnya, komitmen dan perkongsian pintar diantara semua pihak telah berjaya menunjukkan satu aspirasi yang jitu dalam memberikan hasil dan impak yang terbaik.
Bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru ucapan penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam kerja buat penghasilan Sudut Sumber PPDa SK Taman Universiti 1. Akhirnya, Inovasi yang terhasil ini pastinya bukan satu retorik semata-mata. Ianya bakal memberi gambaran yang terbaik dalam membugarkan Sudut Sumber PPDa di sekolah. Kepada rakan-rakan sekolah yang lain sila kunjungi blog : http://ppdasktu1.blogspot.com/